Semalam..
19 Januari 2010…
Sekitar jam 3 pagi lebih-lebih..
Malam tu lebih kurang pukul 12 lebih-lebih rasenye Che Mat dengan hati suci murni bermain Pro Evolution Soccer atau lebih dikenali sebagai PES yang menjadi computer game budak-budak UTP sejak dahulu kala lagi.
Oh,dia bermain di desktop Sebeng, iaitu roomate kepada aku. Masa tu Sebeng dengan tanpa tujuan pegi tido di bilik Mario. Mungkin sebab Mario suruh Sebeng kejutkan dia awal-awal pagi esok memandangkan esok dia ada fieldtrip. Budak Geoscience kejenya fieldtrip je. Tengok batu.
Aku? Ya. Aku ade depan laptop aku la. Sebelah Che Mat yang tengah bermain degan penuh sopan santun itu.
Setelah agak lama dia main, mungkin sebab terlalu lapar(sejak awal-awal start main dia asyik bising kate lapar lapar), dia pun berlalu dari bilik aku itu. Tinggal lah aku seorang diri dalam kegelapan malam yang pekat dan berminyak.
Ya betul. Aku masih di depan laptop. Masa tu baru lepas hujan. Tingkap basah lagi. Cicak pun ade kat tingkap tu. Aku sebenarnya nak main jugak PES tu. Dengan riang skali aku pun main la…di desktop Sebeng..hahaha..
Haaaaaaaa~~~
Suasana seram~~
Main…main…main…main…main..main…main…
Tengok jam, dah pukul 3 pagi lebih. Aku dah hilang kewarasan dan norma kehidupan. Waktu untuk tido.
Aku bangun, berjalan ke suis lampu, dan tutup suis itu. Gelap…
Hanya cahaya bulan dari luar tingkap yang menerangi bilik aku. Lalala…aku pun baring la atas katil…
tapi….
pelik.
Atas katil aku ade banyak habuk. Macam pasir. Dan berpasir halus. Seingat aku dah lame dah aku tak pegi pantai. Ataupun bermain pasir dengan lori mainan. Pelik. Tanpa berfikir panjang aku pun sapula pasir-pasir itu…
Waaahhh…mase untuk tido.
Ha…ni part seramnye. Sebaik saje aku nak tutup mate, dengan tibe-tibe, aku terdengar satu suara. Aku terkejut, mate tibe-tibe jadi tak ngantuk. Jelas betul suaru tuh. Dari arah tingkap. Aku tak berani nak tengok. Seram wei…..macam suara hantu dalam tv tu la. Macam mane aku nak describe ntah. Dia macam “haaaaa~~~~” (bace dengan suara halus dan nipis). Korang tau kan? Dalam tv tu. Pikir la sndiri. Nak kate aku berhalusinasi, macam tak. Sebab memang jelas bunyinye. Nak kate bunyi cicak, setahu aku cicak tak boleh bercakap dan mengeluarkan bunyi itu. Tak mungkin bunyi aku kentut. Hebat la kalau kentut bunyi gitu.
Bulu ketiak dah tegak, tanpa tengok kat tingkap, aku bangun, keluar bilik, control jalan macam takde pape berlaku, aku pegi tido bilik Raufik. Dia rilek je tak tido lagi. Tengah tengok anime. Aku pun tido. Bangun pagi, ade air liur basi. Sedapnye……
SEKIAN. Sile komen.